Wednesday, April 27, 2011

"Oh..dah sampai ek.."

Hahahaha...gelak dulu sebelum nak cerita ni...hahaha..tak abis lagi....hahaha..ok dah ..

Tadi tepat kul 4.30 petang bertolak ke airport. Borak punya borak dapat tau driver orang Pasir Puteh. Apa lagi speaking kelate la. "Puan ni ore kelate ko?". Apa daaa. Sudah terang lagi bersuluh. Bukan ke aku dari tadi dok speaking. Tak perasan ke bahasa apa yang aku guna ni. Lawak sungguh pakcik dedebar tu.

Lepas tu, kami diam seribu bahasa. Apa lagi, seperti biasa (selalu kene marah sebab tabiat ni), aku terlelap. Pastu tersedar sebab pakcik dedebar tu memberhentikan kereta. "Oh..dah sampai" kata aku. Dengan kelam kabutnya mencapai beg sandang, dan menyambut beg besau yang pakcik tu ambil dari bonet kete. "Terima kasih" kata aku. Dengan berdebar-debarnya menarik beg menuju ke airport. Yelah. First time travel naik flight sorang-sorang.

Pastu kan..jeng jeng jeng.Masuk je pintu depan..."EH..NI KLIA!!!"..aduss..Dengan pantas aku telefon pakcik tu. "En.Dolah (bukan nama sebenar), saya naik flight kat LCCT, buke KLIA". Nasib baik pakcik tu belum gerak lagi. Layan fogging. "Oo..yeke.Mana saya tahu. Dalam borang tulis KLIA". Betul jugak kata pakcik tu. Aku yang mamai-mamai baru bangun tido. Hah..tu lah. Tido lagi. Naik kete je tido, tido je naik kete. Haishh..Confirm lepas ni aku takut nak tido dalam kete lagi. Sambung gelak..hahahahaha..


..yang fobia,

MERDEKA!!!

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Siap angkat tangan ala-ala Tuanku Abd Rahman ni...korang je tak nampak..

Bestnya ketika ini..final exam dah abis, assignment dah settle.Wahhh..ringan kepala otak.

Petang ni nak berangkat ke Langkawi - Bengkel Audit Sumber Manusia di City Bayview Hotel. Flight kul 7.45 malam dan dijangka sampai 8.45 malam. Sampai sana nak naik apa ni? Harap-harap banyak la teksi walaupun dah malam. Risau dibuatnya. Doakan segala berjalan lancar ya.

Nanti confirm rindu Kak Long, Adik Aleef, Abahnya. Nasib baik dua malam je. Kak long jaga adik tau, jangan bagi adik main kat dapur. Nanti abis dipunggahnya periuk belanga ummi tu. Kak long pulak jangan nakal-nakal. Dengar cakap abah. Huhu..macamlah depa dengar ummi dia membebel kat sini. Ni ulang tayang je. Tadi dah pesan siap-siap dah.

Pukul 4.30 dah nak gerak ke Airport.


..yang sangat lega,

Monday, April 25, 2011

Satu hari di hari ahad

Pagi yang gelap..kini sudah terang..lalalalala (lagu HUJAN la pulak)...amboi senang hati nampak...tak senang hati pun...pagi ni rasa sangat tak best..sepatutnya pukul 2 pagi tadi bangun untuk study subject Time Series & Forecasting sebab final exam hari rabu ni.Tapi disebabkan oleh kemalasan dan sayang nak tinggalkan katil yang sangat empuk & angin aircond yang sepoi2 bahasa..jadi, tak bangun la study!!!...huaaaaaa..bila la nak insaf ni..dah la paper Statistics Computing khamis lepas sangat susah..Tak tau la lepas ke tak...T_T

Tamatlah kisah sedih....kisah lain pulak..

Hari ni habiskan masa di Setia Alam...semua bangun awal..takde segmen sambung2 tidur...lepas pekena nasik kerabu sedap makcik kelantan yang meniaga kt depan umah, teman kak long tengok Maharaja lawak via youtube....banyak kali ulang tayang..lepas nabil, jozan..lepas jozan, nabil...ntah berapa kali ulang ntah..tak dapek nak distatistikkan...layan je laa..nasib baik diorg tu best...kecuali minggu pertama jozan..sangat tak kelakar...nasib baik lepas Mamat Khalid komen "Tu jer yang mike buleh buat?"...terus lawak jozan menjadik pd minggu2 seterusnya..cayalah..ni minggu ke3 nabil..idea nabil untuk pianokan lalat sangat best...jom tengok..




Lom habis lagi cerita hari ahad...lepas solat Zohor, gi jejalan ke  IKEA ..saje cuci mata...dan cuci beg duit sekali..sempat jugak beli macam2...kerusi makan tinggi aleef, railing besi untuk gantung spices kt dapur umah baru, botol-botol kecik yang comel, bla bla bla....cakap pasal bab menghabiskan duit sampai esok pun tak habis..

ok...till next time...
  

Monday, April 18, 2011

Apa nak jadi ni episod dua..

Hoh...akhirnya audit di opis berakhir dengan beberapa penemuan 'berdarah' (tak akur la tu)...kasi tragis sket...sebab tu la org tak datang audit lama-lama..sampai satu hari...biasa setengah hari jek...macam-macam la jumpa...tapi elok jugak tu...kita tau yg mana kena buat correction, yang mana kena buat corrective action..lain maknanya tu...chewah..mentang2 baru lepas diaudit...ayat kena poyo sket..

Assignment!!!..masih lom siap...walaubagaimanapun presentation berjalan lancar dengan beberapa pindaan ...tu yang report tak siap-siap tu...jumaat lepas stay back sampai tengah malam..ingatkan leh siap..tak dapek tu doo...byk bende lagi..mlm tu sambung buat kt umah plak..last2 tido sejam jek...gi class pagi tu sangat blurrr~ macam di awang-awangan...presentation pun mcm ada terkeluar ayat2 yang diri sendiri tak paham..huahuahua...so,apa yang dapat disimpulkan disini adalah, moh le kite balik ke rumoh...



..yang sangat penat,

Friday, April 15, 2011

Apa nak jadi ni..?

Oh tidak!!..assignment Stat Computing tak siap lagi..esok kene present..apa yang dipresentkan ni...isnin ni plak kat office ada audit.nasib baik audit dalam je..audit SIRIM bulan mei...hohoho...stress comes again...jangan datang migrain sudah...mc disaat ini sudah tiada makna lagi...harap-harap pengorbanan untuk stay back kat fakulti sampai malam hari ni berbaloi dengan report yang cantik dan presentation yang hebat pada pagi esok..hehe..kalau abangku tahu ayg nya buat kerja last minute mahu kene marah ni...dia mmg pantang...sori abg..diriku terpaksa menglastminitkan assignment atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan....chaiyok..chaiyok..



 
...atas nama cinta,




Monday, April 11, 2011

Happy Birthday Adik Aleef..

Selamat menyambut hari lahir yang pertama buat Muhammad Aleef Mikhail Bin Ishar...dah setahun masa berlalu..kalau diulangtayang, jam 11.45 pagi tadi adik aleef selamat dilahirkan di Dewan bersalin, Tingkat 5, Hospital Selayang.
  



Tak leh lupa selepas melahirkan adik aleef, terkejut tengok bintik2 merah kat muka...denggi ke..jerawat?..campak?..rupa-rupanya kes salah teran...mana taknya, masa nak bersalin tu, bidan terjerit-jerit bagitau.."bukan teran kt muka!!..teran kat bawah!!"..owh..salah ke...patut susah betul nak keluar...nak dekat empat (4) kali push baru berjaya...dalam hati terdetik..macam ni rupanya seksa ibu nak melahirkan anak..Ya Allah..terima kasih kerana izinkan aku merasa semua ini...

Semoga adik aleef menjadi anak yang soleh..sentiasa mendoakan abah & ummi...dan menjadi berjaya di dunia dan akhirat...


Thursday, April 07, 2011

Wednesday, April 06, 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Tadi sesaje testing formula rahsia tarikh lahir...kat bawah kita paste result yg dia emelkan...
Macam terkene je..tapi..xleh percaya sangat..just untuk panduan untuk memperbaiki diri..


ANALISIS UMUM

NO. PERIBADI    : 1

ELEMEN         : Logam

CIRI UTAMA     : Sendiri

SINOPSIS         : Disukai kerana kepimpinannya, namun bersendirian.

TAFSIRAN UMUM  : Bijak, pemimpin, pandai menganalisa orang, kreatif, banyak idea.

WARNA SESUAI     : Kuning, perak dan putih.

STATUS BMI     : 24 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

PENYAKIT UMUM     : Masalah pernafasan, paru-paru, asma, alahan kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI

Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Jujur, petah berbicara, kekuatan suara. Sibuk ke sana sini, banyak tekanan, tetapi membawa kejayaan. Terlibat dengan perniagaan atau karier yang memerlukan seseorang individu bekerja bersendirian. Panas baran, kurang penyabar, perlu kembali ke rancangan awal secara berterusan.

Terlalu mudah mempercayai orang, mudah ditipu.  Suka bergerak sana sini, tidak suka duduk satu tempat. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Bakat sebagai penceramah, suka berkongsi ilmu. Sesuai menjadi penceramah, guru dan pensyarah. Suka berniaga dan mudah untung. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA

(KERJAYA SESUAI)
Firma perundangan, bank, institusi kewangan, pajak gadai, pejabat kerajaan, senjata, memburu, lawan pedang, peralatan senaman, industri automotif, perkakasan elektrik, tenaga kerja industri kewangan, agen bursa saham, penguatkuasa, polis, pusat sains dan penyelidikan, alat jentera, pengangkutan, kejuruteraan, perlombongan, barang kemas, pengawal keselamatan.

(KERJAYA TERBAIK)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com

Muhammad Aleef Mikhail Bin Ishar..

Waaahhh...lamanya x update blog nih...sgt rasa bersalah...kesian dia ditinggalkan keseorangan..ditemani gambar2 kak long..heee

Tahun ni sangat sibuk..start bulan Mac hari tu dah tukar bos...bos baru byk mintak tunjuk ajar..insyaallah..kita tlg mana yang termampu...banyak kertas kerja yang masih pending nih..hukhuk..meh tolong meh..nanti kita belanja makan eskrem...

Kita sambung cerita pasal anak-anak..cer citer..cer citer...huhu
Anak kedua..Muhammad Aleef Mikhail Ishar lahir pada 11 April 2010...lagi 5 hari cukup setahun umur adik aleef...cepatnya masa berlalu...

 ni masa dia 2 bulan


kak long & adik aleef..masa ni adik 3 bulan


5 bulan..hari raya puasa 2010...raya pakai baju omputih..xpakai baju melayu pun..

Tu je kot dulu...nak sambung keje...