Tuesday, July 12, 2011

Bila dah abis tengok Nur Kasih The Movie..

Setelah kecewa sebab tak dapat nak tengok Nur Kasih The Movie kat panggung, akhirnya dapat jugak tengok semalam. Cara dan kaedah bagaimana tak dapek nak diceritakan kat sini. Hehehe (Gelak jahat kah ini?) huhu.


Secara keseluruhannya, citer tu simple je. Tapi sangat memberi kesan yang mendalam kat jiwa ni. Hoho. Ayat tak hingat. Mana taknya, start tengok pukul 10 malam sampai kul 11.30. Tetapi sampai hari ni masih terasa kehebatan & kesucian pengorbanan Nur Amina dan cinta Adam yang tersangat mendalam terhadap isterinya. Datang kerja hari ni pun dalam mood SEDIH dan PENAT. Konon-konon mendalami watak Nur Amina yang tanpa rasa penat lelah mencari suaminya yang hilang di tanah asing la tu.

Scene Nur Amina bersama anak-anak Aidil 

Cerita bermula daripada kisah sedih Ustaz Aidil yang baru 4 bulan kehilangan isteri tercinta, Aliya. Aidil yang telah mempunyai dua orang cahayamata yang sangat comel sebenarnya masih tak dapat menerima kenyataan yang isterinya telah tiada akibat kemalangan yang berlaku semasa Aliya sedang asyik menangkap layang-layang kepunyaan anak-anaknya hingga ke jalan raya dan dilanggar.

Adam & Nur Amina yang masih belum mempunyai cahayamata telah membuka Pusat Pelindungan Kanak-kanak Terbiar untuk menghabiskan masa terluang mereka. Jelas keikhlasan Adam & Nur Amina untuk membantu anak-anak terbiar supaya menjadi insan yang berguna walaupun dipandang serong oleh segelintir masyarakat. Alasannya, budak-budak itu tidak dipaksa menutup aurat dan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Kata Adam, "Budak-budak ini jangan dipaksa, nanti memberontak dijiwa".

Scene paling romantik...'Ni lukisan abg ke lukisan nur ni?' 'Dua-dua' 'Tiga-tiga'

Cerita ini semakin menarik apabila menonjolkan kesungguhan Adam & Nur untuk menimang cahayamata dan akhirnya kecewa apabila Nur keguguran lagi. Setelah peristiwa itu, mereka mengambil keputusan untuk bercuti di Jordan.

Scene Adam & Nur sedang melawat tempat-tempat menarik sekitar Jordan

Masa bercuti ni la diorang (tetiba hilang keformalan..haha..dah malas la ni) terlibat dalam kemalangan keretapi, pastu cincin pulak hilang masa kemalangan tu. Bila Adam dapat tahu, dia tinggalkan Nur untuk cari balik cincin tu. Masa dok meredah padang pasir tu, Adam kemalangan lagi. Nasib baik dua budak Arab terjumpa dan selamatkan Adam yang cedera parah. Kebetulan pulak cincin yang hilang ada pada budak Arab tu.

Kehilangan Adam (sambung keformalan) meresahkan Nur Amina sehingga dia bertindak untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa. Kehadiran Aidil ke Jordan untuk bantu Nur mencari Adam yang hilang akhirnya membuahkan hasil. Adam dijumpai setelah Nur tergerak hati untuk melakar wajah budak Arab yang melihat kejadian kemalangan keretapi hari tu. (Scene ni macam tak faham sikit. macamana Nur boleh kaitkan budak Arab tu dengan kehilangan Adam. ke sebab cincin tu..ermm).

Scene Aidil sedang melihat sapa ntah..mano den tau

Setelah itu, Adam dibawa balik dan dirawat di Malaysia. Tak habis di situ, dugaan lain pula menimpa mereka. Adam disahkan menghadapi komplikasi jantung akibat kecederaan semasa letupan di Mumbai (scene drama Nur Kasih hari tu..tak ingat episod ke berapa..hee). Nur terduga dengan masalah kesihatan jantung Adam dan masalah kewangan utk menampung kos perubatan Adam. Adam masa ni sangat struggle untuk terus hidup. Adam tidur, solat, menulis diari dalam kesakitan. Hanya itu yang dia mampu lakukan buat masa ini. Adam redha jika dia pergi dan telah mengamanahkan Nur Amina kepada Aidil sekiranya berlaku apa-apa kepada dirinya. Scene Adam & ibunya juga sangat meruntun jiwa iaitu masa Adam tengah sakit, dia mohon supaya ibunya menghalalkan dan memaafkan segala perbuatannya selama ini. Ibu Adam pula mengharapkan Adam terus bertahan sehingga kelahiran cucunya yang dikandung Nur Amina.

Rupanya cinta Nur Amina tetap menjadi milik Adam. Bagaimana dan kenapa..kena la tengok sendiri. Yang penting mereka bahagia hingga ke anak cucu.

 Scene merenung antara Adam & Nur Amina..ada ke scene ni?

Semoga Nur Kasih menjadi titik permulaan bagi pembuat filem dan drama berkonsepkan islam. Islam itu indah dan nikmatilah keindahannya.


lots of love,
 

Sunday, June 26, 2011

I'm still alive

Untuk makluman semua, blog ini masih hidup!! Cuma tuannya sahaja yang tak sempat nak post apa-apa yang patut. Busy+malas+penat+letih menyebabkan blog ini membisu seribu bahasa sejak sebulan yang lalu. Tapi di hari ahad yang rilek ini, saya cuba luangkan sedikit masa untuk click kat NEW POST dan mula merapu/merepek apa-apa yang terlintas di fikiran ini.

Citer pasal tv pun best jugak kan. Drama Nora Elena pun baru tengok sampai episod 4. Masa diorang dok sibuk tengok citer tu, aku pulak tak sempat nak join sebab selalu balik lewat. Keje opis yang tak abis-abis ditambah pulak dengan persediaan audit sumber manusia. Adoii..Tak dapat la nak balik umah awal tengok Nora Elena. Bila Nora Elena dah abis tayang, baru la terhegeh-hegeh nak tengok kat youtube. Apa nak buat...

Wallpaper Nora Elena

 till next time,

Tuesday, May 31, 2011

Apa nak jadi blogger.com

Ada masalah lagi ke blogspot? Tak leh nak reply komen. Nak komen kat blog orang pun takleh. Maaf diminta kepada sesiapa yang sudi komen di blog ini. Bukan tak sudi nak reply. Tapi TAK BOLEH nak reply. Bukan baru hari ni. Dari minggu lepas. Mula-mula ingatkan masalah laptop atau google account. Bukan la pulak. Disebabkan masalah yang melanda ni, nak blogwalking pun macam malas. Hukhuk.



..yang masih stress

Monday, May 30, 2011

Petang ini

Petang ini air mata mengalir laju
Rindu?
Sunyi?
Mungkin
Rindu pada sahabat-sahabat lama
Rindu pada jawatan lama
Rindu pada bos lama
Rindu saat itu
Yang tak mungkin kembali lagi

Petang ini
Tak sabar nak balik umah
Nak peluk anak-anak
Nak peluk suami
Nak peluk abah ummi (jauh la pulak..hukhuk)
Semoga hilang stress ku ini
Semoga dapat semangat baru
 end

..yang dah lama tak bersajak

Friday, May 20, 2011

Hati-hati dengan 'LELAKI ASID'..

Maklumat lokasi terkini  'Lelaki Asid' adalah di Shah Alam. Betul ke? Haishh. Ni kene hati-hati ni. Kalau nampak je lelaki seorang atau berdua yang menaiki motosikal dan berbangsa india, lari la cepat-cepat. Jangan biarkan kita menjadi mangsa yang seterusnya. Bak kata husbandku, jangan beri mereka peluang. Yang bermain dalam fikiran, apa motif mereka sebenarnya? Adakah berunsur perkauman? Adakah mereka ini ada agenda tersendiri? Tak mungkin masalah psikologi. Macam tak logik pulak kan. Harap-harap pihak PDRM dapat selesaikan kes ini dengan sesegera yang boleh.

Macam skema je entri kali ni. Bukan apa. Sambil-sambil nak mengingatkan diri sendiri supaya berhati-hati di mana saja berada. Tak kisah lah di tempat awam ke, di tempat sunyi ke. kalau boleh stop sekejap aktiviti luar yang mendedahkan kita dengan orang jahat tu.

Sesiapa nak buat side income tu boleh la cuba try test tangkap lelaki asid tu. Kalau dapat tangkap, RM 3,000 adik Adi Putra bagi (Sumber: Sinar Harian Online).

Antara mangsa-mangsa simbahan asid di luar negara.


Sumber: Yahoo image

Sumber: Yahoo image


Ya Allah, selamatkanlah diriku dan keluargaku serta rakan-rakanku daripada menjadi mangsa perbuatan jahat 'Lelaki Asid'. Amin~

Tuesday, May 10, 2011

Rindu Mereka...

Bila la nak balik kampung. Rindu rasanya pada aBaH(a) & UMMi(b).  Juga pada Abang Apeace(1) & adik2. Lama jugak tak berkumpul adik-beradik since hari raya hari tu. Masa abah admited kt hospital selayang (bulan Februari) pun bukan semua ada. Eijoe(3) jauh di Sandakan. Didie(5) busy menguruskan business abah. Eipie(6) jumpa sekali je sebelum abah operate hari tu. Masa tu yang selalu jumpa Abg Apeace(1) (with family) ngan Eijie(5). Statement kak long: "Ummi, kak long rindu la kat tok bah dan tok mi. Kak long sayang tok bah & tok mi. Kak long tak nak gaduh lagi dengan tok bah". oo..camtu ek. Samalah kita kak long ^_^. Miss them like kerezi..

Memperkenalkan..jeng jeng jeng:
(a)   Ibrahim Apani Mohd Daud
(b)   Norma Abd Rahman
(1)  Mohd Hafiz Ibrahim Apani
(2)  Norhafizah Ibrahim Apani (rujuk perenggan terakhir)
(3)   Mohd Hafizul Ibrahim Apani
(4)   Mohd Hafizi Ibrahim Apani
(5)   Muhammad Hafizudeen Ibrahim Apani
(6)   Muhammad Hafifi Ibrahim Apani

Ulasan untuk statement kak long: Kak long & tok bah memang tak boleh tengok tv sesama. Tak sah kalau tak gaduh. Mana taknya. Awani vs Ceria. Pastu berlakulah perang saudara sebab berebut remote Astro. "Tak nak kawan tok bah. Nak kawan tok mi je"..Huahuahua..


Tokbah & Tokmi kesayangan kami

Bulan mei ni belum boleh balik Red Land*. Tengah settlekan proses perpindahan dari Puncak Alam ke Setia Alam. Lagipun bulan depan pulak Abah Ummi datang sini untuk hadir ke majlis perkahwinan sepupuku. Terubatlah rinduku walaupun sekejapan (ada ke perkataan tu). Nanti bolehlah adakan mesyuarat untuk tetapkan tarikh yang sesuai untuk kami berkonvoi pulang kampung halaman. Yeehaaa!!

* Tanoh Meroh, Kelate.

Tokmi, kak long & adik aleef

Buat Ummi, Selamat Hari Ibu dari Eijah(2) sekeluarga. Segala jasa dan pengorbananmu sangat besar ertinya. Kasih sayang, ketegasan & didikan selama ini telah menjadikan eijah insan yang berguna.Terima kasih Ummi..I will always love you till my last breath..


..yang rindu mereka,