Friday, October 07, 2011

The Busy Weekdays

Weit, dah hari jumaat!! Cepat nya masa berjalan. Assignment yang nak hantar esok lom buat lagi ni. Bukan baru hari isnin ke?(melampau la tu). Takpe takpe. Mari kita flashback apa yang berlaku pada 4 hari lepas.

Isnin (3 Oktober 2011)

Seperti biasa, isnin adalah hari yang paling malas. Lebih-lebih lagi ahad malam tu pulak buat BBQ. Alang-alang pakcik dr JB, Ayachik sekeluarga ke kenduri kawin di Ijok, kami pun jemput la diorg ke Setia Alam. menu yang disediakan : bihun polis & bubur jagung + durian (nyum nyum). Che ni pulak datang bawak rojak buah, 10 ekor ikan talapia (kita bakor~). Makan tak ingat dunia. Ayasu & family pun datang jugak. Diorg pulak datang umah bawak ALZA. hehehe..Kesudahannya, isnin yang masih kekenyangan..Malas pun malas jugak. keje kena siapkan. Lagipun Audit SIRIM dtg opis 3 & 4 oktober 2011. Walaupun UPGT tak termasuk di dalam senarai auditee tetapi tetap kena standby. Manalah tau kan. Malam tu balik umah agak lewat. Kak long sempat ambik gambar awan senja yang sedang menuju malam. Sangat cantik. Subhanallah..

 Jem di senjakala..tajuk filemkah itu?

Selasa (4 Oktober 2011)

Keje macam biasa. Audit hari kedua berjalan lancar. Tiada tanda-tanda auditor nak menjenguk ke opis. Hari ni kena balik awal. Mesti ada di Tabung Haji, Kelana Jaya selepas maghrib. Nak menghantar pakcik dan makcik ku mengerjakan haji. Tepat jam 2.00 pagi, mereka check in dengan selamatnya. Semoga Ayah Ngoh & Che Ngoh selamat sampai ke tanah suci Allah SWT & selamat kembali ke tanah air...serta mendapat haji yang mabrur.


Suasana di Tabung Haji..ramai yg telah rebah dlm perjuangan (tido laa)


 Seperti biasa, che na & che ni akan masak2..dan kami akan makan-makan..weee


Che Ni tgh tolong mengisi borang penginapan...sedapnya anim tidur..

Rabu (5 Oktober 2011)

Hari rabu pulak...saya CUTI!!!..setelah bertarung di Tabung Haji sehingga jam 2.00 pagi dan selamat sampai setia alam jam 3.00 pagi, pagi tu rasa sangat tak larat. TAPI...selepas mendapat rehat yang cukup, saya mengemas rumah dengan bersungguh-sungguh dan jam 3 petang keluar rumah untuk ke kelas kegemaran saya..Philosophy..
(tiada gambar sebagai bukti)..hehe


Khamis (6 Oktober 2011)

Pagi tu ke Kelab Shah Alam untuk menghadiri Bengkel Semakan Pelan Rekabentuk - CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK KAMPUS SATELIT C, CAWANGAN UiTM PUNCAK ALAM, SELANGOR MELALUI KAEDAH INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA (PFI). Hadir sebagai wakil bagi pihak Human Resource. Tengahari balik opis, menyiapkan kojo ku yang belum beres.

Petang tu dapat panggilan en.suami ajak gi Plaza Alam Sentral. Ado urusan kat tingkat 2. Siapa yang selalu pegi mesti tau punya lah. Sambil menunggu urusan selesai..kito makan dulu..

Popiah SS.Pak Ali...depan Plaza Alam Sentral..sgt sedap..


Jumaat (7 Oktober 2011)

Jumaat masih belum berakhir. Tengahari (time rehat 12.15 hingga 2.45) konon-konon nak buat keje opis. Sanggup tu tak ikut member gi shopping kat Jusco. Akhirnya tengahari ku abiskan dengan menaip entri. huhuhu...sabor nak...

Kesimpulannya, minggu ni takde la busy mana pon...

till then,
 





No comments: