Lepas kelas semalam (Sabtu), sempat la menguli tepung. Dah lama simpan hajat nak menguli tepung ni. Akhirnya tercapai jugak hajatku itu. Setelah berhempas pulas di dapur selama beberapa jam...terhasil lah sesuatu yang agak sedap la jugak *blushing sambil kelip2 mata*.
sebelum
selepas
Terima kasih kepada pemilik resepi...(sumber: myresipi.com)...google balik resepi tak jumpa pulak..sori tuan punya resepi..
Hari ni (Ahad) pulak bangun pepagi intai peti sejuk, intai almari..ternampak mauripan (yis). Tetiba rasa nak makan donut. Nyum nyum. Tanya kak long..."nak makan donut tak??"..kak long pun menjerit "nak..nak.." sambil melompat-lompat. Apa lagi, bukak internet cari resepi donut. Jumpa resepi yang ringkas & senang sangat.
DONUT COMEL
BAHAN-BAHAN:
1 setengah cawan tepung gandum
1 setengah sudu besar gula halus
1 setengah sudu besar minyak jagung
1 setengah sudu besar susu tepung
100ml air suam
1 camca teh yis mauripan
CARA-CARA:
Panaskan oven selama 10 minit.
Uli-uli bahan di atas sampai tak melekat kat tangan.
Biarkan selama 30 minit.
Bila doh dah naik, bulat-bulatkan(besar bola pingpong) dan tekan sikit.
Lubangkan tengah-tengah dengan apa-apa yang sesuai (tadi tekan dengan penutup botol air kak long..Jgn lupa celup tepung gandung dulu)
Masukkan doh yg dah berlubang dalam oven yang panas tadi.
Lepas 15 minit, goreng hingga kekuningan.
Angkat dan gaul dengan gula halus (tadi takde gula halus..hentam dgn gula kasar)
SIAP!!
(Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/1440)
Resepi asal letak cheese..tapi tak letak..
takde la cantik sgt..tapi sodap..
First time buat pizza & donut. Syukur Alhamdulillah menjadi. Lepas ni boleh lah cuma resepi lain pulak.
Till then,
13 comments:
hehehe..bestnyer memasak di hujung minggu..yummy
sangat best...aku selalu dok tgk blog MatGebu..tgk dia masak2 cm best plak...
WOW...piza tu nampak menarik! msti rasanya pon sedapppp. Nakkkk... boleyyy?!
haha..nak kita pos ke?
sedapppnyeeeeeee
nyum nyum...dah abis pun..
Sedapnye..Donut tu nmpk gebu..^_^
makan panas2...lagi sedap..tq for ur comment mama Qis
boleh pos ke cik fiza?? bila2 datang sini nt bwk la ye... ehek2
mmg kena gi sana pun cik lin..kena betulkan zero based...tapi donut kedai je la yer..hehe
Amboi sedapnye. Bak la sini sket. Hehehe~
ambil lah..save je kt desktop tu...haha
Alooo... nape yang kedai je? nak rasa yg k.fiza buat..
Post a Comment