Wednesday, December 12, 2012

Wednesday, December 05, 2012

Alhamdulillah...


 Cilok from Mr.Google


Syukur padaMu Ya Allah...

Semoga hidup kami sekeluarga bertambah ceria dengan kehadiran baby baru nanti. Kandungan telah mencecah 12 minggu 6 hari. Dengan kesibukan menyiapkan thesis master, akan ku tempuhi liku-liku kehidupan dengan penuh cekal dan tabah.

Tetiba ayat jadi skema sebab lama tak update blog ni...huhu.



 Till then,

Thursday, August 16, 2012

Jus Jimi Asmara gitew

Apesal la pulak tekak ni. Tetiba teringin nak minum air kaler hijau yang ummi selalu buat tu. Tapi bulan-bulan puasa ni kena la tunggu berbuka baru leh minum. Tak sangka pulak terjumpa 'resepi'nya kat blog Cik Mat Gebu (CMG). Nama air tu Jus Jimi Asmara. Meh kita sekodeng bahan-bahannya.
 
      "Air masak secukupnya (anggaran 1500 ml)
       4 - 5 camca besar gula (pandai2 la adjust)
       1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunquick
       1 camca teh esen pisang (CMG guna 3/4 camca teh)
       1/4 camca teh pewarna hijau"

Biasanya ummi buat pekat-pekat (jadikan kordial). Leh minum ulang-ulang. Nanti nak buatlah..TQVM cik mat.

kucing again? jawapan masih sama .."sape suh comel sgt"..huahuahua
bestnye tido tengah2 hari ni...kannn..


With luv,

Friday, August 03, 2012

I'm back

Finally....i'm back. 


Dah dua kali post gambar kucing ni..tak kira lah..sape suruh comel sangat..huhu


With love,



Tuesday, March 13, 2012

Tahukah anda?

Image from Mr.Google

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah anda sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri.

10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Tahukah anda hampir semua pembaca blog ini cuba untuk menyentuh telinga mereka dengan siku. Macam la sampai..hehe...^_^

Image from Mr.Google

Sumber fakta: pucukpaku07

Till then,

Tuesday, February 21, 2012

Cuti-cuti Malaysia 2012 - Kuala Terengganu

Hanya gambar yang dapat meluahkan segalanya..chewahhhh...

 Nice view kan...love it

Aleef: Apa kat atas tu...?

 Kak Long and layang-layang 'princess'nya

Segmen main pasir

Naik River Cruise plak


Ummi & Abah tersayang

Jalan-jalan kat Taman Tamadun Islam

Pasnih nak jalan-jalan ke mana plak ya....jom cuti-cuti Malaysia...

Till then,

I'm back - Episode 2



Waaahh!! Rindunya kt blog ni. Akhirnya cuba jugak luangkan masa untuk menghupdate blogku yang hampir bersawang ala-ala sawang Spiderman.

Tahun 2012 membuka tirai tahun baruku dengan penuh kalut ribut. Mana taknya, dengan exam, dengan urusan pelaksanaan SBPA di UiTM yang masih tangguh. Dah la exam hari tu agak susah. Mana taknya, mula-mula bagitau open book. Pastu last minit dapat tau tak boleh plak. Boleh tak bayangkan preparation final exam yang ala-ala open book cmne. Adoit..Result kuar 22hb ni (esokkk). Jeng jeng jeng...Sangat kasi perut, jantung, buah pinggang & segala organ dalaman gua kecut. Ya Allah, hanya Engkau tempatku memohon pertolongan..Amin.

Till then,