Tuesday, May 31, 2011

Apa nak jadi blogger.com

Ada masalah lagi ke blogspot? Tak leh nak reply komen. Nak komen kat blog orang pun takleh. Maaf diminta kepada sesiapa yang sudi komen di blog ini. Bukan tak sudi nak reply. Tapi TAK BOLEH nak reply. Bukan baru hari ni. Dari minggu lepas. Mula-mula ingatkan masalah laptop atau google account. Bukan la pulak. Disebabkan masalah yang melanda ni, nak blogwalking pun macam malas. Hukhuk.



..yang masih stress

Monday, May 30, 2011

Petang ini

Petang ini air mata mengalir laju
Rindu?
Sunyi?
Mungkin
Rindu pada sahabat-sahabat lama
Rindu pada jawatan lama
Rindu pada bos lama
Rindu saat itu
Yang tak mungkin kembali lagi

Petang ini
Tak sabar nak balik umah
Nak peluk anak-anak
Nak peluk suami
Nak peluk abah ummi (jauh la pulak..hukhuk)
Semoga hilang stress ku ini
Semoga dapat semangat baru
 end

..yang dah lama tak bersajak

Friday, May 20, 2011

Hati-hati dengan 'LELAKI ASID'..

Maklumat lokasi terkini  'Lelaki Asid' adalah di Shah Alam. Betul ke? Haishh. Ni kene hati-hati ni. Kalau nampak je lelaki seorang atau berdua yang menaiki motosikal dan berbangsa india, lari la cepat-cepat. Jangan biarkan kita menjadi mangsa yang seterusnya. Bak kata husbandku, jangan beri mereka peluang. Yang bermain dalam fikiran, apa motif mereka sebenarnya? Adakah berunsur perkauman? Adakah mereka ini ada agenda tersendiri? Tak mungkin masalah psikologi. Macam tak logik pulak kan. Harap-harap pihak PDRM dapat selesaikan kes ini dengan sesegera yang boleh.

Macam skema je entri kali ni. Bukan apa. Sambil-sambil nak mengingatkan diri sendiri supaya berhati-hati di mana saja berada. Tak kisah lah di tempat awam ke, di tempat sunyi ke. kalau boleh stop sekejap aktiviti luar yang mendedahkan kita dengan orang jahat tu.

Sesiapa nak buat side income tu boleh la cuba try test tangkap lelaki asid tu. Kalau dapat tangkap, RM 3,000 adik Adi Putra bagi (Sumber: Sinar Harian Online).

Antara mangsa-mangsa simbahan asid di luar negara.


Sumber: Yahoo image

Sumber: Yahoo image


Ya Allah, selamatkanlah diriku dan keluargaku serta rakan-rakanku daripada menjadi mangsa perbuatan jahat 'Lelaki Asid'. Amin~

Tuesday, May 10, 2011

Rindu Mereka...

Bila la nak balik kampung. Rindu rasanya pada aBaH(a) & UMMi(b).  Juga pada Abang Apeace(1) & adik2. Lama jugak tak berkumpul adik-beradik since hari raya hari tu. Masa abah admited kt hospital selayang (bulan Februari) pun bukan semua ada. Eijoe(3) jauh di Sandakan. Didie(5) busy menguruskan business abah. Eipie(6) jumpa sekali je sebelum abah operate hari tu. Masa tu yang selalu jumpa Abg Apeace(1) (with family) ngan Eijie(5). Statement kak long: "Ummi, kak long rindu la kat tok bah dan tok mi. Kak long sayang tok bah & tok mi. Kak long tak nak gaduh lagi dengan tok bah". oo..camtu ek. Samalah kita kak long ^_^. Miss them like kerezi..

Memperkenalkan..jeng jeng jeng:
(a)   Ibrahim Apani Mohd Daud
(b)   Norma Abd Rahman
(1)  Mohd Hafiz Ibrahim Apani
(2)  Norhafizah Ibrahim Apani (rujuk perenggan terakhir)
(3)   Mohd Hafizul Ibrahim Apani
(4)   Mohd Hafizi Ibrahim Apani
(5)   Muhammad Hafizudeen Ibrahim Apani
(6)   Muhammad Hafifi Ibrahim Apani

Ulasan untuk statement kak long: Kak long & tok bah memang tak boleh tengok tv sesama. Tak sah kalau tak gaduh. Mana taknya. Awani vs Ceria. Pastu berlakulah perang saudara sebab berebut remote Astro. "Tak nak kawan tok bah. Nak kawan tok mi je"..Huahuahua..


Tokbah & Tokmi kesayangan kami

Bulan mei ni belum boleh balik Red Land*. Tengah settlekan proses perpindahan dari Puncak Alam ke Setia Alam. Lagipun bulan depan pulak Abah Ummi datang sini untuk hadir ke majlis perkahwinan sepupuku. Terubatlah rinduku walaupun sekejapan (ada ke perkataan tu). Nanti bolehlah adakan mesyuarat untuk tetapkan tarikh yang sesuai untuk kami berkonvoi pulang kampung halaman. Yeehaaa!!

* Tanoh Meroh, Kelate.

Tokmi, kak long & adik aleef

Buat Ummi, Selamat Hari Ibu dari Eijah(2) sekeluarga. Segala jasa dan pengorbananmu sangat besar ertinya. Kasih sayang, ketegasan & didikan selama ini telah menjadikan eijah insan yang berguna.Terima kasih Ummi..I will always love you till my last breath..


..yang rindu mereka,

Monday, May 09, 2011

Please Take Off..

Haishhh..Nape la malas sangat nak buang price tag kat kasut tu sebelum pakai. Tau la mahal. Dari dulu memang pantang kalau ternampak. Geram nak tolong bukak kan. Biasanya terpandang bila tengah memanjat tangga. Eh..orang depan ni..tau la pakai kasut vincci yang berharga RM59.90. Aduss. Please la..please take off that thing.


Sumber: Yahoo Images (Siap ada tatoo tuu..huahuahua)


Masa hadir kursus last two week ago, terpandang bende yang sama pada kasut BOS. Alamak. Spoil la. Buat bos-bos dan anak-anak buah bos di luar sana, sila tanggalkan benda itu sebelum anda mula menggunakannya. "Eh awak ni sape..biar la..saya mmg suka biarkan price tag tu...takde la saya lupa beli kat mana"...huhu


Sumber: Yahoo Images (opps..i did it again)

...ermm,

Monday, May 02, 2011

Good Bye Langkawi..

Sepanjang perjalanan pulang dari Langkawi, tiada bende best berlaku. Selain dapat duduk di sebelah Ketua Bahagian Gaji, Pejabat Bendahari semasa pulang dari Langkawi (haha)..yang lain cuma biasa-biasa saje.


Boarding Pass berlatar belakangkan kedai LIQUOR di airport langkawi.



Jalan la dulu..malas nak berebut-rebut.



 Sampai di KLIA jam 4.45 petang.

wassalam,