Saturday, September 06, 2014

Hello Kitty

Salam uols...lamanya tak menulis kat sini. Sibuk lah kononnya. Cuma nak kongsi cerita pasal mainan baru kak long. Tak tahu camne boleh termakan pujuk rayu sampai boleh boleh terbeli mainan Hello Kitty yang sangatlah mahal ni. Hadoiii..Hello kitty yang berharga RM39.90 ni boleh didapati di Plaza Alam Sentral, Shah Alam (The Store). Hamboi..siap promote gitew. Manalah tahu kot2 ada yang berminat.


Suasana kedai runcit hello kitty. Macam2 ada.



Dalam peti ais tu ada susu kotak n jus2. Comel je saiz dia.


Sebenarnya masa kecik2 memang teringin nakkan bende ni tapi tak mampu. Huhuhu. Suka betul kak long dapat hello kitty ni. Nak tampal stiker yang lecehnya. Umi lah yang nak kena buat. Tapi memang comel sangat. Umi pun nak main jugak boleh tak kak long..hehe


Till then,

Wednesday, August 13, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya buat semua yang mengenali diri ini. 
Semoga ukhwah berkekalan.



 
Till then,


Wednesday, November 27, 2013

Akhirnya kini pasti

Akhirnya
Tamat sudah peperangan
Penamatan yang mendamaikan
Perasaan yang tidak dapat digambarkan
Melainkan dengan satu perkataan
Alhamdulillah..
Terima kasih Allah
Terima kasih kepada semua yang mendoakan
Akhirnya kini pasti
Segulung ijazah dalam genggaman
 

 Outdoor photoshoot @ dataran shah alam..hebak!!



Till then,


Wednesday, July 31, 2013

I'm back - Episod 3

Ermm..camne ek..ermmm....haishhhh...susahnya...camne ye nak start...

Mana taknya. Dah 7 bulan blog ini ditutup disebabkan oleh kesibukan melampau (alasan!!). Rasanya skill menulisku semakin hilang. Ini tak boleh jadi ni. Cer tengok tajuk entri. Dah episod ke3 dah. Tak tahu la sampai episod berapa 'I'm back' ni.

Apa kata kita mulakan dengan cerita baby baru. Alhamdulillah, setelah 38 minggu memboyot, akhirnya pada 14 Jun 2013 jam 10.04 pagi, lahirlah baby comel kami yang kami namakan Nur Izzati Aqilah binti Ishar. Hari ni baby zatti dah berumur 47 hari. Hari ni hari ke 3 aku merdeka. Tak rasa apa-apa pun sebab seminggu sebelum abis pantang pun dah makan macam-macam. Cuma tak makan sayur/ buah yang sejuk-sejuk dan tak minum air batu.


7 days

Baby zatti, sama macam kakak dan abangnya, kena demam kuning a.k.a. jaundis. Tapi nasib baik tak kena duduk bawah lampu (phototherapy). Hari ke 30 baru lah bacaan TSB turun bawah 100. Macam-macam buat nak bagi kuningnya hilang, mandi air ubat sensei, mandi air rebusan daun belimbing, bagi makan madu (selain umminya pun tiap2 pagi telan madu bancuh dengan air suam), makan kurma 7 biji sehari (ummi yang makan..takkan baby kot). Alhamdulillah, walaupun dah prolonged jaundis, dah check darah dan urine (Klinik Pakar Hospital Selayang), resultnya sangat melegakan. Semuanya OK. Jom layan gambar baby zatti yang bambam pipinya.

day 1 to 30



 47 days

Ok la tu kan. Walaupun terserlah keskemaan penulisanku ini, layankan aje. Ok lah. banyak bende nak cerita sebenarnya ni tapi nak simpan untuk next entri. Aci tak?



Till then,




Wednesday, December 12, 2012

Wednesday, December 05, 2012

Alhamdulillah...


 Cilok from Mr.Google


Syukur padaMu Ya Allah...

Semoga hidup kami sekeluarga bertambah ceria dengan kehadiran baby baru nanti. Kandungan telah mencecah 12 minggu 6 hari. Dengan kesibukan menyiapkan thesis master, akan ku tempuhi liku-liku kehidupan dengan penuh cekal dan tabah.

Tetiba ayat jadi skema sebab lama tak update blog ni...huhu.



 Till then,