Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Pizza oh Pizza

Uiks. Rajin pulak menghupdate blog minggu ni. Padahal minggu ni boleh tahan sibuk jugak. Mesyuarat, bengkel, kelas. Bengkel petang tadi dapat berita kena gi Sarawak. Lantikan sebagai auditor Tadbir Urus. Nasib baik last minute bos kata “Fiza..awak dikecualikan ya. settlekan dulu MYPOST ZERO BASED yang belum settle tu”. Haa..lega rasanya. Apa itu MYPOST ZERO BASED? Hanya orang-orang tertentu je tahu. Especially staf Sumber Manusia di JPA.

Balik je rumah petang tadi, sebagai tanda kelegaan (ada jugak ek..layankan je la) sebijik lagi Pizza hebatku terberanak daripada oven. Wah..terberanak pulak ya. Macam buat magic. Bukan apa, bahan-bahan hari tu masih berbaki. Elakkan pembaziran…

 yummy..

Kali ni advanced la sikit kan. Dengan teknik gambar yang menyenget ala-ala gambar masakan kt majalah, nampaklah bergaya sikit Pizza Hot ku itu. Lagipun, saje nak tunjuk koleksi pinggan kegemaran (hadiah kawin). Sampai skang dok cari design tu kat jusco. Tak dapat-dapat. Kononnya nak tambah koleksi.

Jadi kepada sesiapa yang jumpa pinggan design tu kt memana, don’t feel hesitate to tell me bebeh..ni namanya entry 2 dalam 1. Best jugak wat entry camni ek.

That all folks..till then.

Sunday, October 09, 2011

Me, pizza & donut

Weekend yang hebat!!..*jerit ala-ala cerita kat Disney Channel (malay version)*...Minggu ni menghabiskan masa di rumah. Sabtu malam gi main badminton kat dataran Shah Alam..Ramai jugak orang Shah Alam bawak family beriadah di malam hari. Ada yang main bola sepak, badminton, main lampu terbang-terbang, main kejar-kejar dan mcm-mcm lagi lah. Semput nak cerita semua..hehe

Lepas kelas semalam (Sabtu), sempat la menguli tepung. Dah lama simpan hajat nak menguli tepung ni. Akhirnya tercapai jugak hajatku itu. Setelah berhempas pulas di dapur selama beberapa jam...terhasil lah sesuatu yang agak sedap la jugak *blushing sambil kelip2 mata*.


sebelum

selepas

Terima kasih kepada pemilik resepi...(sumber: myresipi.com)...google balik resepi tak jumpa pulak..sori tuan punya resepi..

Hari ni (Ahad) pulak bangun pepagi intai peti sejuk, intai almari..ternampak mauripan (yis). Tetiba rasa nak makan donut. Nyum nyum. Tanya kak long..."nak makan donut tak??"..kak long pun menjerit "nak..nak.." sambil melompat-lompat. Apa lagi, bukak internet cari resepi donut. Jumpa resepi yang ringkas & senang sangat.

DONUT COMEL

BAHAN-BAHAN:
1 setengah cawan tepung gandum
1 setengah sudu besar gula halus
1 setengah sudu besar minyak jagung 
1 setengah sudu besar susu tepung
100ml air suam
1 camca teh yis mauripan

CARA-CARA:
Panaskan oven selama 10 minit.
Uli-uli bahan di atas sampai tak melekat kat tangan.
Biarkan selama 30 minit.
Bila doh dah naik, bulat-bulatkan(besar bola pingpong) dan tekan sikit.
Lubangkan tengah-tengah dengan apa-apa yang sesuai (tadi tekan dengan penutup botol air kak long..Jgn lupa celup tepung gandung dulu)
Masukkan doh yg dah berlubang dalam oven yang panas tadi.
Lepas 15 minit, goreng hingga kekuningan.
Angkat dan gaul dengan gula halus (tadi takde gula halus..hentam dgn gula kasar)
SIAP!!

(Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/1440)
Resepi asal letak cheese..tapi tak letak..

 takde la cantik sgt..tapi sodap..

First time buat pizza & donut. Syukur Alhamdulillah menjadi. Lepas ni boleh lah cuma resepi lain pulak.

Till then,