Saturday, September 05, 2015

Kek Coklat Berhantu Yang Sedap dan Mudah

Assalamualaikum wbt

OMG..Dah lama tak menaip entry ni. Maafkan hamba en.blog kerana mengabaikan dirimu setelah sekian lama. Kesibukan yang melampau telah menyebabkan kau diperlakukan sedemikian rupa.

Hari ni saje nak share resepi kek coklat berhantu yang telah direpeat-repeat 4 minggu berturut-turut. Buat kek ni hari sabtu atau ahad je. Kalau hari koje, memang tak la. Sibuk dengan benda lain. Tapi mengandung kali ni asyik nak makan kek coklat je. Resepi kek coklat ni den ambik dari blog welovesusuibu. Memang berhantu wa cakap lu. Jom kita skodeng resepinya.


KEK COKLAT BERHANTU


Bahan A
1 cawan serbuk koko (den pakai cap Van Hauten)
1 cawan susu pekat (F&N)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula aising

Masukkan semua Bahan A dalam periuk, masak sekejap hingga gula larut. Tutup api dan sejukkan.

Bahan B
4 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla

Pecahkan telur dan pukul hingga agak kembang dan sebati. Lepas tu masukkan esen vanilla dan pukul lagi sikit. Kemudian letak tepi.

Bahan C 
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Ayak semua bahan C dan ketepikan.
Masukkan secara berselang seli Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A.
Hanya gaul dan kaup bagi sebatikan adunan kek.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah dioles mentega/ marjerin.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 30 minit dalam suhu 180 darjah celcius.
(Resepi asal suh kukus..tapi den suko bakar..garing2 gitu)


Bahan Topping
3 sudu besar serbuk koko
1/2 tin susu pekat
3 sudu mentega (den pakai marjerin je)

Dengan kaedah double boiler, satukan semua bahan dalam periuk, kacau-kacau sehingga sebati. Tutup api. Tuangkan atas kek yang dah disejukkan.

Tabur lah coklat rice atau coklat bar yang disagat-sagat.

Lapik dengan pinggan sudahh..hehe

Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana menyebabkan den rajin buat kek. Anak-anak pun memang gomar. Den apatah lagi. Nyum nyum. Pasnih leh la buat sendiri. Takyah nak singgah Petronas nak beli kek coklat. Selamat mencuba.

Till we meet again,


2 comments:

Nurul said...

sodap eh fizot..terliur lak rasanya

Nadratul Syazwana said...

Ya Allah nampak sedappp sangat! So far, Nad tak pernah lagi buat kek coklat ni huhu.