Tuesday, July 12, 2011

Bila dah abis tengok Nur Kasih The Movie..

Setelah kecewa sebab tak dapat nak tengok Nur Kasih The Movie kat panggung, akhirnya dapat jugak tengok semalam. Cara dan kaedah bagaimana tak dapek nak diceritakan kat sini. Hehehe (Gelak jahat kah ini?) huhu.


Secara keseluruhannya, citer tu simple je. Tapi sangat memberi kesan yang mendalam kat jiwa ni. Hoho. Ayat tak hingat. Mana taknya, start tengok pukul 10 malam sampai kul 11.30. Tetapi sampai hari ni masih terasa kehebatan & kesucian pengorbanan Nur Amina dan cinta Adam yang tersangat mendalam terhadap isterinya. Datang kerja hari ni pun dalam mood SEDIH dan PENAT. Konon-konon mendalami watak Nur Amina yang tanpa rasa penat lelah mencari suaminya yang hilang di tanah asing la tu.

Scene Nur Amina bersama anak-anak Aidil 

Cerita bermula daripada kisah sedih Ustaz Aidil yang baru 4 bulan kehilangan isteri tercinta, Aliya. Aidil yang telah mempunyai dua orang cahayamata yang sangat comel sebenarnya masih tak dapat menerima kenyataan yang isterinya telah tiada akibat kemalangan yang berlaku semasa Aliya sedang asyik menangkap layang-layang kepunyaan anak-anaknya hingga ke jalan raya dan dilanggar.

Adam & Nur Amina yang masih belum mempunyai cahayamata telah membuka Pusat Pelindungan Kanak-kanak Terbiar untuk menghabiskan masa terluang mereka. Jelas keikhlasan Adam & Nur Amina untuk membantu anak-anak terbiar supaya menjadi insan yang berguna walaupun dipandang serong oleh segelintir masyarakat. Alasannya, budak-budak itu tidak dipaksa menutup aurat dan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Kata Adam, "Budak-budak ini jangan dipaksa, nanti memberontak dijiwa".

Scene paling romantik...'Ni lukisan abg ke lukisan nur ni?' 'Dua-dua' 'Tiga-tiga'

Cerita ini semakin menarik apabila menonjolkan kesungguhan Adam & Nur untuk menimang cahayamata dan akhirnya kecewa apabila Nur keguguran lagi. Setelah peristiwa itu, mereka mengambil keputusan untuk bercuti di Jordan.

Scene Adam & Nur sedang melawat tempat-tempat menarik sekitar Jordan

Masa bercuti ni la diorang (tetiba hilang keformalan..haha..dah malas la ni) terlibat dalam kemalangan keretapi, pastu cincin pulak hilang masa kemalangan tu. Bila Adam dapat tahu, dia tinggalkan Nur untuk cari balik cincin tu. Masa dok meredah padang pasir tu, Adam kemalangan lagi. Nasib baik dua budak Arab terjumpa dan selamatkan Adam yang cedera parah. Kebetulan pulak cincin yang hilang ada pada budak Arab tu.

Kehilangan Adam (sambung keformalan) meresahkan Nur Amina sehingga dia bertindak untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa. Kehadiran Aidil ke Jordan untuk bantu Nur mencari Adam yang hilang akhirnya membuahkan hasil. Adam dijumpai setelah Nur tergerak hati untuk melakar wajah budak Arab yang melihat kejadian kemalangan keretapi hari tu. (Scene ni macam tak faham sikit. macamana Nur boleh kaitkan budak Arab tu dengan kehilangan Adam. ke sebab cincin tu..ermm).

Scene Aidil sedang melihat sapa ntah..mano den tau

Setelah itu, Adam dibawa balik dan dirawat di Malaysia. Tak habis di situ, dugaan lain pula menimpa mereka. Adam disahkan menghadapi komplikasi jantung akibat kecederaan semasa letupan di Mumbai (scene drama Nur Kasih hari tu..tak ingat episod ke berapa..hee). Nur terduga dengan masalah kesihatan jantung Adam dan masalah kewangan utk menampung kos perubatan Adam. Adam masa ni sangat struggle untuk terus hidup. Adam tidur, solat, menulis diari dalam kesakitan. Hanya itu yang dia mampu lakukan buat masa ini. Adam redha jika dia pergi dan telah mengamanahkan Nur Amina kepada Aidil sekiranya berlaku apa-apa kepada dirinya. Scene Adam & ibunya juga sangat meruntun jiwa iaitu masa Adam tengah sakit, dia mohon supaya ibunya menghalalkan dan memaafkan segala perbuatannya selama ini. Ibu Adam pula mengharapkan Adam terus bertahan sehingga kelahiran cucunya yang dikandung Nur Amina.

Rupanya cinta Nur Amina tetap menjadi milik Adam. Bagaimana dan kenapa..kena la tengok sendiri. Yang penting mereka bahagia hingga ke anak cucu.

 Scene merenung antara Adam & Nur Amina..ada ke scene ni?

Semoga Nur Kasih menjadi titik permulaan bagi pembuat filem dan drama berkonsepkan islam. Islam itu indah dan nikmatilah keindahannya.


lots of love,
 

5 comments:

Nurul said...

meh post kat sini "nur kasih" tuh..ehehe

Fiza Apani said...

nak ke? meh amik meh..aku kt depan opis kak aya nih..

EZAN IDMA said...

cite best. tp cm tak puas hti lak, sebb cincin je nak gadai nyawa

jan said...

best la jg....btol..psal cincin tu mcm xberbaloi je..huhuhu

Fiza Apani said...

cincin tu ada sejarah kot..cer tengok drama nur kasih..episod adam menyarung cincin kt nur amina..rasanya ada sesuatu di situ..jom tgk blk episod tu..huhu