Wednesday, April 27, 2011

"Oh..dah sampai ek.."

Hahahaha...gelak dulu sebelum nak cerita ni...hahaha..tak abis lagi....hahaha..ok dah ..

Tadi tepat kul 4.30 petang bertolak ke airport. Borak punya borak dapat tau driver orang Pasir Puteh. Apa lagi speaking kelate la. "Puan ni ore kelate ko?". Apa daaa. Sudah terang lagi bersuluh. Bukan ke aku dari tadi dok speaking. Tak perasan ke bahasa apa yang aku guna ni. Lawak sungguh pakcik dedebar tu.

Lepas tu, kami diam seribu bahasa. Apa lagi, seperti biasa (selalu kene marah sebab tabiat ni), aku terlelap. Pastu tersedar sebab pakcik dedebar tu memberhentikan kereta. "Oh..dah sampai" kata aku. Dengan kelam kabutnya mencapai beg sandang, dan menyambut beg besau yang pakcik tu ambil dari bonet kete. "Terima kasih" kata aku. Dengan berdebar-debarnya menarik beg menuju ke airport. Yelah. First time travel naik flight sorang-sorang.

Pastu kan..jeng jeng jeng.Masuk je pintu depan..."EH..NI KLIA!!!"..aduss..Dengan pantas aku telefon pakcik tu. "En.Dolah (bukan nama sebenar), saya naik flight kat LCCT, buke KLIA". Nasib baik pakcik tu belum gerak lagi. Layan fogging. "Oo..yeke.Mana saya tahu. Dalam borang tulis KLIA". Betul jugak kata pakcik tu. Aku yang mamai-mamai baru bangun tido. Hah..tu lah. Tido lagi. Naik kete je tido, tido je naik kete. Haishh..Confirm lepas ni aku takut nak tido dalam kete lagi. Sambung gelak..hahahahaha..


..yang fobia,

2 comments:

shuzana said...

sib baik fiza sedar2 ada kat klia..kalau ada kat siam...hihi

Fiza Ibrahim Apani said...

haha..nasib baik yol..ngeri!!