Wednesday, April 06, 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Tadi sesaje testing formula rahsia tarikh lahir...kat bawah kita paste result yg dia emelkan...
Macam terkene je..tapi..xleh percaya sangat..just untuk panduan untuk memperbaiki diri..


ANALISIS UMUM

NO. PERIBADI    : 1

ELEMEN         : Logam

CIRI UTAMA     : Sendiri

SINOPSIS         : Disukai kerana kepimpinannya, namun bersendirian.

TAFSIRAN UMUM  : Bijak, pemimpin, pandai menganalisa orang, kreatif, banyak idea.

WARNA SESUAI     : Kuning, perak dan putih.

STATUS BMI     : 24 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

PENYAKIT UMUM     : Masalah pernafasan, paru-paru, asma, alahan kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI

Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Jujur, petah berbicara, kekuatan suara. Sibuk ke sana sini, banyak tekanan, tetapi membawa kejayaan. Terlibat dengan perniagaan atau karier yang memerlukan seseorang individu bekerja bersendirian. Panas baran, kurang penyabar, perlu kembali ke rancangan awal secara berterusan.

Terlalu mudah mempercayai orang, mudah ditipu.  Suka bergerak sana sini, tidak suka duduk satu tempat. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Bakat sebagai penceramah, suka berkongsi ilmu. Sesuai menjadi penceramah, guru dan pensyarah. Suka berniaga dan mudah untung. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA

(KERJAYA SESUAI)
Firma perundangan, bank, institusi kewangan, pajak gadai, pejabat kerajaan, senjata, memburu, lawan pedang, peralatan senaman, industri automotif, perkakasan elektrik, tenaga kerja industri kewangan, agen bursa saham, penguatkuasa, polis, pusat sains dan penyelidikan, alat jentera, pengangkutan, kejuruteraan, perlombongan, barang kemas, pengawal keselamatan.

(KERJAYA TERBAIK)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com

1 comment:

Fiza Apani said...

Kita lihat siapa yang kena:
Popular - nope..i'm very low profile person (tidak disedari kot..hehe)
Jujur - ok
Petah - not so petah
Full of Stress - Yes..yes..yes
Tak duduk diam - Yes..maybe
Ckp Lepas + Pedas - ops..ye ke
Bakat pd suara - ayoo..toilet singer not so good lah
Mudah berjaya,mudah jatuh - amit-amit (berjaya dh la)
Kerjaya sesuai:Penceramah/guru/pensyarah - insyaallah
Kerjaya terbaik: Pentadbir pejabat - current carier..how about Profesor..ermm..